Thursday, December 24, 2009

Sambutan Hari Kanak-kanak - Walaupun SK St. Francis adalah terdiri daripada pelajar lelaki, namun begitu Pn. Miskena Osman berjaya mengadakan majlis persandingan Pengantin 1 Malaysia sempena Sambutan Hari Kanak-kanak SK St. Francis 2009. Cun tak pengantin kami?

Wednesday, December 23, 2009

SAMBUTAN CHRISTMAS 2009.- Pada 20 November 2009 yang lalu, warga Sek. Ke. St. Francis bersama beberapa orang ibubapa telah mengadakan majlis sambutan Christmas. Beberapa persembahan telah diadakan seperti pemain guitar dari warga Perkampungan Portugis, nyanyian murid-murid bersama ibubapa dibawah pimpinan Pn. Sabrina dan rakan-rakan serta penyampaian goodies kepada murid-murid oleh Father Christmas. Brother Ambrose , AJK PIBG serta ibubapa turut hadir meraikan majlis ini. Majlis ini telah dikelolakan oleh En. Vivekanandan a/l Nagamuttu dan dibantu oleh guru-guru dan ibubapa. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program yang begitu meriah ini. MERRY CHRISTMAS TO ALL FRANCISCAN!

Saturday, August 22, 2009

Soal jawab H1N1
Artikel.
Utusan Malaysia
ARKIB : 20/08/2009
Apa itu H1N1 (selesema babi)?
IA merupakan virus influenza baru yang boleh menyebabkan manusia jatuh sakit. Virus baru ini pertama kali dikesan pada manusia di Amerika Syarikat pada April 2009. Virus ini merebak daripada individu kepada individu lain di seluruh dunia seakan sama cara penyebaran virus influenza bermusim yang lain.
Pada 11 Jun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa wabak atau pandemik H1N1 sedang merebak.
Kenapa H1N1 kandang kala dipanggil selesema babi?
Virus ini asalnya dirujuk sebagai selesema babi kerana ujian makmal menunjukkan bahawa kebanyakan gen dalam virus baru ini amat sama dengan virus influenza yang biasanya terdapat pada babi di Amerika Utara.
Bagaimanapun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa virus baru ini amat berbeza daripada yang biasanya tersebar pada babi di wilayah tersebut.
Ia mempunyai dua gen daripada virus selesema yang biasanya tersebar dalam babi di Eropah dan Asia dan gen burung dan gen manusia. Ahli sains memanggil ini sebagai virus quadruple reassortant.
Adakah virus H1N1 berjangkit?
Pusat kawalan penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah mengenalpasti bahawa virus H1N1 berjangkit dan merebak dari manusia kepada manusia.
Bagaimana virus H1N1 merebak?
Virus H1N1 dipercayai merebak sama seperti cara selesema bermusim merebak. Virus selesema lazimnya mereka daripada seorang ke seorang melalui batuk atau bersin.
Kadangkala orang ramai mungkin dijangkiti melalui sentuhan - seperti sentuhan pada permukaan atau objek tertentu - yang terdapat virus tersebut dan kemudian menyentuh hidung atau mulut.
Apakah tanda-tanda dan simptom orang yang dijangkiti virus?
Simptom bagi virus selesema H1N1 pada manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, hidung berair atau tersumbat, sakit badan, pening, seram sejuk dan letih.
Sejumlah besar orang yang dijangkiti penyakit ini juga dilaporkan mengalami diarea (cirit birit). Kes kematian disebabkan virus ini juga semakin membimbangkan.
Berapa lama orang yang telah dijangkiti virus ini merebakkan kepada orang lain?
Individu yang dijangkiti dengan virus selesema bermusim dan H1N1 mungkin boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum dia jatuh sakit hingga 5 ke 7 hari selepas itu. Tempoh ini boleh menjadi lebih lama bagi sesetengah orang terutama kanak-kanak dan individu yang sistem imunisasinya lemah.
Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi dari daripada jatuh sakit?
Setakat ini tidak ada vaksin untuk melindungi diri daripada virus H1N1. Bagaimanapun vaksin tersebut sedang dalam proses pengeluaran dan mungkin sudah boleh diperoleh oleh orang awam tidak lama lagi. Namun seperti kebiasaan, vaksin hanya mampu melindungi daripada influenza bermusim.
Terdapat langkah rutin yang boleh membantu mengelak merebaknya virus yang menyebabkan masalah pernafasan seperti influenza.
Antaranya, tutup hidung dan mulut dengan tisu ketika batuk atau bersin. Buang tisu tersebut dalam tong sampah selepas digunakan.
Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Pembersih seperti gel atau tisu lembap berasaskan alkohol juga efektif.
Elak daripada menyentuh mata, mulut atau hidung. Kuman mudah merebak cara itu.
Cuba elak daripada bersentuhan dengan orang yang sakit. Jika anda jatuh sakit dan mempunyai simptom seperti dijangkiti selesema, disarankan terus berada di rumah sehinggalah sekurang-kurangnya 24 jam selepas demam sembuh.
Seboleh mungkin jauhi diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit.
Langkah-langkah penting lain yang boleh anda ambil:
Ikut nasihat pihak berkuasa kesihatan termasuk berkenaan penutupan sekolah, elak berada di tempat ramai orang dan jauhi diri daripada kegiatan sosial lain.
Bersiap sedia jika secara tiba-tiba anda sakit dan perlu berkurung dalam rumah sekurang-kurangnya selama seminggu dengan menyiapkan bekalan ubat-ubatan, tisu, pembersih tangan berasaskan alkohol dan barang-barang lain yang berkaitan dan berguna. Ini bagi mengelak anda terpaksa keluar rumah ketika sakit.
Jika saya mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti virus H1N1, perlukah saya pergi berkerja?
Pekerja yang sihat tetapi mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti H1N1 boleh datang kerja seperti biasa. Tetapi kesihatan pekerja ini perlu dipantau setiap hari dan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas mereka batuk dan bersin.
Jika mereka jatuh sakit mereka harus memberitahu majikan dan tinggal di rumah.
Pekerja yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan atau sedang hamil harus mendapatkan nasihat daripada doktor masing-masing kerana mereka mungkin perlu mengambil ubat antiviral bagi mengelak jatuh sakit.
Apa teknik terbaik untuk mencuci tangan bagi mengelak selesema?
Kerap mencuci tangan akan membantu mengelak daripada kuman. Cuci dengan sabun dan air atau pembersih tangan berasaskan alkohol.
Disarankan mencuci tangan - dengan sabun dan air suam - selama 15 hingga 20 saat. Jika tidak ada air atau sabun tisu basah pakai buang berasaskan alkohol atau gel sanitizers juga boleh digunakan.
Apa yang perlu dilakukan jika saya jatuh sakit?
Jika anda tinggal di kawasan di mana terdapat individu yang telah dikenal-pasti dijangkiti selesema H1N1 dan jatuh sakit dengan simptom-simptom seperti demam, sengal badan, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak, loya atau muntah, diarea dan sebagainya anda harus berada dalam rumah dan elak daripada bersentuhan dengan orang lain.
Disarankan agar terus berada di rumah sekurang-kurangnya 24 selepas demam sembuh.
Jauhkan diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit. Berada dalam rumah bermakna anda tidak harus keluar rumah kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ini juga termasuk mengelak aktiviti biasa seperti bekerja, ke sekolah, melancong, membeli-belah, menghadiri majlis sosial dan berhimpun di tempat awam.
Jika sakit semakin teruk atau anda berhadapan risiko tinggi menghidup komplikasi selesema dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Tanda-tanda amaran untuk anda mendapatkan rawatan kecemasan:
Bagi kanak-kanak
Nafas laju atau sukar bernafas.
Warna kulit kebiruan atau pucat.
Tidak mahu minum atau tidak cukup minum.
Muntah berterusan.
Anak tidur berterusan atau tidak berinteraksi (penurunan kesedaran).
Anak menjadi sangat cerewet dan tidak mahu didukung.
Gejala selesema seperti semakin pulih tetapi kemudian kembali lagi dengan demam dan batuk lebih terus.
Bagi orang dewasa
Sukar bernafas atau nafas pendek-pendek.
Berasa sakit atau tekanan pada dada atau perut.
Pening secara tiba-tiba.
Seperti orang bingung.
lMuntah yang teruk dan berterusan.
Gejala selesema seakan pulih tetapi kembali semula dengan demam dan batuk yang teruk.
Berapa lama virus influenza boleh terus hidup pada sesuatu objek (seperti buku atau tombol pintu)?
Kajian menunjukkan virus influenza boleh hidup pada sesuatu permukaan terdedah dan masih boleh menjangkiti orang lain dua hingga lapan jam selepas berada di situ.
Apa yang boleh membunuh virus influenza ?
Virus influenza boleh dimusnahkan dengan suhu panas (75-100°Celcius). Selain itu, beberapa jenis kimia pembunuh kuman termasuk chlorine, hydrogen peroxide, detergents (sabun ), iodophors (antiseptik berasaskan iodin) dan alkohol juga berkesan jika digunakan dengan betul.
Sebagai contoh, tisu atau gel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Gel tersebut harus digosok padan tangan hingga ia kering.

Friday, August 21, 2009

KEGIATAN KO-KURIKULUM

A. PERSATUAN / KELAB

1. Persatuan Bahasa Melayu

Pn. Noraini bt. Ahmad (K)

Pn. Ruhaidah bt. Khalid

Pn. Rohana bt. Abbas

2. Persatuan Bahasa Inggeris

En. Peiarelal a/l Sunkardhan (K)

En. Chee Kiow Wee

En. Vijayakumar a/l Narayasamy

3. Persatuan Matematik / Sains

Pn. Noraini bt. Mat Saed (K)

Pn. Sharifah Noriza bt. Tuan Sifat

4.Persatuan Agama Islam

Pn. Naquiah bt. Nahar (K)

Cik Halimatus Sa’adiyyah bt. Amin

5. Persatuan Kemahiran Hidup

En. Akhmarrezal bin Abu Kassim (K)

En. Kamaruzaman bin Othman

6. Kelab Catur

En. Jamboree @ Zambori bin Mikat(K)

En. Alias bin Abed

7. Kelab Perpustakaan

Pn. Khairullaila bt. Hj. Mukhtar (K)

Cik Nurul Aizah bt. Abd. Aziz

8. Kelab WOW

Pn. Low Siok Yen (K)

9. Kelab Robotik 10.

En. Kamaruzaman bin Othman (K)

Kelab SPBT

Pn. Norazuin bt. Mohd Sahar (K)

Pn. Nor Emizarith Fizura bt. Othman

B. PERMAINAN

1. Bola Sepak

En. Ahmad Nazri bin Abu

En. Jamboree bin Mikat

2. Badminton

En. Alias bin Abed

En. Khairul Lail bin A. Malik

3. Hoki

En. Yong Yoke Pyng

En. Akhmarrezal bin A.Kassim

4. Renang

Pn. Nor Aphidah bt. Z. Abidin

Cik .T. Mahalechumy

5. Boling

En. Kamaruzaman bin. Othman

Pn. Ruhaidah bt. Khalid

6. Bola Baling

En. Suhaimi bin Ibrahim

En. Zamri bin Hashim

7. Olahraga

En. Ee Gim Siong

En. N. Vivekanandan

8. Golf

En. Abu Hassan bin Ismail

En. S. Peiarelal

9. Ping Pong

En. Wong Thim Soon

Pn. Tan Yee Yik

10. Ragbi

En. Zamri bin Hashim

En. Kamaruzaman

11.Sofbol

En. Ahmad Nazri bin Abu

En. Jamboree bin Mikat

12. Tennis

En. Yong Yoke Pyng

Pn. Tay Siew Leng

C. BADAN BERUNIFORM

1. PBSM

Pn. Naquiah bt. Nahar

Cik Halimatus Sa’adiyyah bt. Amin

2. Pengakap

Pn. Sharifah Noriza bt. Tuan Sifat

Pn. Khairullaila bt. Hj. Mukhtar

3. Taekwando

Pn. Tan Yee Yik

Cik Teo Kim Wee

4. TKRS

En. Khairul Lail bin Abd. Malik

En. Chee Kiow Wee

D.RUMAH SUKAN

1. AUGUSTUS

En. Zamri bin Hashim ( K )

Pn. Tan Tek Yen

En. Alias bin Abed

Pn. Tay Siew Leng

Cik Nurul Aizah Abdul Aziz

En. Suhaimi Bin Ibrahim

2. BARNITUS

En. Kamaruzaman Bin Othman ( K )

Pn. Rohana Bte Abbas

Cik. Teo Kim Wee

Pn. Sharifah Noriza Bt. Tuan Sifat

En. Peiarelal Sunkardham

Pn. Low Siok Yen

3. CLAUDE

En. Abu Hassan Bin Ismail ( K )

Pn. Nor Emizarith Fizura Bt Othman

Pn. Norazuin Bte Mohd Sahar

Cik. Mahalechumy A/p Thanimalai

En. Chee Kiow Wee

Ustz. Naquiah Bt. Nahar

4. DOMINIC

En. Yong Yoke Pyng ( K )

Pn. Ruhaida Binti Khalid

Pn. Noraini Bte Mat Saed

En. Vivekanandan A/L Nagamutthu

Pn. Nor Aphidah Bte Zainal Abidin

En. Ee Gim Siong

5. EDWARD

En. Jamboree @ Zambori Bin Mikat (K )

En. Wong Thim Soon

En. Vijaykumar Narayasamy

Pn. Khairullaila Bte Hj. Mukhtar

Pn. Noraini bte Ahmad

Pn. Fairus Bte Ariffin

En. Khairul Lai Bin Abd Malik

JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM 2009

ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD
1.20-2.20 Ptg 1.20-2.20 Ptg 1.20-2.20 Ptg 1.20-2.20 Ptg 1.20-2.20 Ptg 7.00-8.30 Pagi
Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan Perpustakaan Renang
1.05-2.05 Ptg
M 1 / M 3 Golf Golf
Persatuan 3.30-4.30 Ptg
1. BM 1.Bola Sepak
2. B.I 2.Hoki
3. MAT/SN 3.B. tampar
4. A.ISLAM 4.B. baling
5. K.H 5.Olahraga
6. CATUR 6.Ping pong
7. PERPUSTAKAAN 7.Ragbi
8. K.WOW
M 2 & M 4
UNIFORM 4.00-6.00 Ptg 3.30-5.30 ptg
1. PBSM 1. Boling Taekwando
2. Pengangkap 2. Badminton
3. TKRS
2.30-3.30 Ptg 2.30-3.30 Ptg 2.30-3.30 Ptg
R.Augustus R. Claude R.Edward
R. Barnitus R. Dominic
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK. St. Francis, Melaka Komited untuk memberikan layanan terbaik kepada pelangan kami seperti berikut:-
Murid
1. Memastikan setiap murid boleh mendapat tempat belajar yang sesuai sebaik sahaja mendaftar.
2. Memberi layanan saksama dan mesra semasa berada di sekolah ini.
3. Memastikan setiap murid akan menguasai kemahiran 3M sebaik sahaja tamat Pendidikan Tahap 1.
4. Memastikan semua murid Tahap Dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum.
5. Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan murid-murid.
6. Membentuk dan mengukuhkan sahsiah murid-murid.
Staff
1. Setiap kakitangan baru akan dipastikan mendapat gaji tiga bulan selepas mendaftar.
2. Segala keperluan dan kemudahan kakitangan akan dibekalkan dari masa ke semasa.
3. Kebajikan kakitangan akan sentiasa diambil berat.
4. Setiap pekeliling berkaitan dengan staff akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Ibubapa / Penjaga
1 . Urusan pendaftaran dan pertukaran murid dipastikan selesai pada hari yang sama .
2. Segala masalah disiplin akan diselesaikan bersama ibubapa dalam masa tiga hari.
3. Segala bantuan kerajaan akan diagihkan dengan adilnya berdasarkan sosio-ekonomi keluarga.
Stake Holder
1. Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD / JPM mendapat tindakan dalam tempoh 3 hari.
2. Setiap urusan akan dirujuk kepada mandat berkaitan.
Sejarah Sekolah
Sk. St.Francis yang pada mulanya bernama St. Mary's School dimulakan pada tahun 1872 di Praya Lane. Pengasasnya ialah seorang padri, Father Maximillian de Souza. Yuran sekolah ketika itu hanya 3 sen sebulan.
Sekolah ini berpindah ke sebuah bangunan di hadapan Gereja St. Francis di Jalan Laksamana (Riverside) pada tahun 1880. Pentadbiran dan pengurusan sekolah pada masa itu diambil alih oleh Father Delouette, seorang padri Perancis. Beliau telah menukarkan nama St. Mary's School kepada St. Francis School.
Oleh kerana pencapaian akademik yang tidak memuaskan, dan kekurangan tenaga guru, bantuan kerajaan dihentikan dan sekolah terpaksa ditutup sementara selama 2 bulan. Dalam bulan Oktober 1902, Mubaligh De La Salle bersetuju menguruskan sekolah itu semula. Pendaftaran berjaya menarik 102 orang murid. Bilangan ini meningkat dari masa ke semasa sehingga melebihi 500 orang termasuk kelas-kelas menengah.
Pada tahun 1951, bilangan murid telah melebihi 1000 orang. Oleh yang demikian, sebuah bangunan baru,khasnya untuk sekolah rendah didirikan di Jalan Chan Koon Cheng. Tahun 1954 merupakan tahun yang bersejarah bagi St. Francis School kerana pakaian seragam sekolah yang berwarna hijau dan putih diperkenalkan dan dikuatkuasakan untuk semua murid sekolah.
Pada tahun 1959 pula, sekolah ini secara rasmi telah dibahagikan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah dikenali sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) St. Francis dengan mendapat bantuan penuh kerajaan. Kemudian,sekolah ini dinamakan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Francis mengikut perubahan dalam Dasar Pendidikan.
Persatuan Murid Tua : Sejarah dan Aktiviti
Persatuan Murid Tua St. Francis atau lebih dikenali sebagai St.Francis' Association (S.F.A.) telah ditubuhkan pada 17 Mac 1917. Objektif utama penubuhan persatuan ini adalah untuk menyediakan tempat bagi bekas pelajar St.Francis (Franciscans) untuk bertemu disamping berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
Bilik perjumpaan pertama untuk bekas pelajar ialah di dalam sebarang bilik darjah. Pada masa itu, persatuan ini seakan-akan orang nomad kerana setiap mesyuarat diadakan di dalam bilik darjah yang berlainan. Akan tetapi keadaannya telah berubah setelah sebuah bangunan S.F.A. dibina bersebelahan dengan Sk.St.Francis. Pengerusi pertamanya ialah Seow Eng Ghi.
Pada awal penubuhannya ia mengutamakan aktiviti sukan seperti bola sepak dan ping pong. Setelah persatuan berkembang pesat maka aktivitinya dipelbagaikan iaitu memperkembangkan pengetahuan dan minda
Pengasas Sekolah
Encik John Chok Chin Yong berkhidmat di Sekolah Menengah St. Francis dan Sekolah Rendah Kebangsaan St.Francis dari tahun 1947-1980. Beliau boleh dianggap sebagai salah seorang guru yang paling lama berkhidmat di sesebuah sekolah.
Beliau dilahirkan pada 31 Julai 1925 di Melaka. Bapa beliau ialah seorang peniaga getah yang meningal dunia ketika Encik Chok masih seorang kanak-kanak lagi. Emak beliau bekerja sebagai seorang gaji untuk menampung saraan hidup beliau, dua orang abang dan seorang adik perempuan.
Beliau memulakan pendidikan awalnya di SRJK (C) Ping Ming dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah St. Francis. Semasa beliau dalam Tingkatan Lima, beliau bekerja sementara waktu sebagai seorang pelayan di sebuah kedai kopi dan mendapat RM36 sebulan untuk membiayai yuran sekolahnya. Selepas lulus Senior Cambridge, beliau menjadi seorang guru terlatih biasa dan mula mengajar pada tahun 1947 di SFI.
Apabila SFI dibahagikan secara rasmi kepada sekolah rendah dan sekolah menengah pada tahun 1959,Encik Chok dilantik menjadi Guru Penolong Kanan di sekolah rendah dan kemudian menjadi Guru Besar pada tahun 1960 sehingga beliau bersara pada 30 Julai 1980.
Pada tahun 1971 bangunan dua tingkat di Jalan Chan Koon Cheng secara rasmi dijadikan Sekolah Rendah Kebangsaan St.Francis. Sepanjang khidmat beliau sebagai Guru Besar sekolah ini begitu lama, beliau disanjungi dan dikasihi oleh ramai "Franciscans". Hari ini, Encik Chok masih melawat Sekolah Kebangsaan St. Francis sekali- sekala untuk meninjau keadaan sekolah yang dicintainya.

Thursday, August 20, 2009

SENARAI STAFF SK. ST. FRANCIS MELAKA TAHUN 2009
NO NAMA GURU JAWATAN
1 En. Koh Lian Swee Guru Besar
2 Tuan Hj. Mohd Zin Bin Hj Othman BCM, BKT, PJK GPK
3 En. Salleh Bin Ali GPK (HEM)
4 Pn. Saleha Bte Hassan GPK (KOKU)
5 Pn. Noraini bte Ahmad Guru Tahun 1 M
6 Pn. Ruhaida Binti Khalid Guru Tahun 1 N
7 Pn. Fairus Bte Ariffin Guru Tahun 1 U
8 Cik. Mahalechumy A/p Thanimalai Guru Tahun 2 M
9 Pn. Low Siok Yen Guru Tahun 2 N
10 En. Suhaimi Bin Ibrahim Guru Tahun 2 U
11 En. Abu Hassan Bin Ismail Guru Tahun 3 M
12 En. Kamaruzaman Bin Othman Guru Tahun 3 N
13 En. Jamboree Bin Mikat Guru Tahun 3 U
14 Pn. Nor Emizarith Fizura Bt Othman Guru Tahun 4 M
15 En. Wong Thim Soon Guru Tahun 4 N
16 Pn. Tan Yee Yik Guru Tahun 4 U
17 En. Akhmarrezal Bin Abu Kassim Guru Tahun 5 M
18 En. Alias bin Abed Guru Tahun 5 N
19 Pn. Sharifah Noriza Bt Tuan Sifat Guru Tahun 5 U
20 En. Chee Kiow Wee Guru Tahun 6 M
21 En. Yong Yoke Pyng Guru Tahun 6 M1
22 En. Peiarelal Sunkardham Guru Tahun 6 N
23 Cik Nurul Aizah Abdul Aziz Guru Tahun 6 U
24 Pn. Rohana Bte Abbas Guru Beredar
25 Pn. Noraini Bte Mat Saed Guru Beredar
26 En. Vijaykumar Narayasamy Guru Beredar
27 Pn. Nor Aphidah Bte Zainal Abidin Guru Beredar
28 Pn. Tay Siew Leng Guru Beredar
29 Cik. Teo Kim Wee Guru Beredar
30 Pn. Khairullaila Bte Hj. Mukhtar Guru Media
31 En. Ee Gim Siong Guru Pengawas
32 En. Ahmad Nazri Bin Abu S/U Sukan
33 Pn. Miskena Bte Osman Guru Maklumat
34 Pn. Norazuin Bte Mohd Sahar Guru SPBT
35 En. Vivekanandan A/L Nagamutthu G / Kaunseling
36 Ustz. Naquiah Bt. Nahar Guru Agama
37 En. Zamri Bin Hashim Guru Pemulihan
38 En. Khairul Lai Bin Abd Malik Guru j-QAF
39 Cik. Halimatus Sa’ Adiyyah Bte Amin Guru j-QAF
40 Pn. Tan Tek Yen Guru POOL
41 Pn. Zalina Binti Ahmat PT N17
42 Pn. Shahana Bte Abdul Aziz PTR N 11
43 En. Ismail Bin Omar PAR N1

Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas

JAWATANKUASA PEPERIKSAAN

Ketua

:

Pn.Nor Aini Bte Mat Saed

{ Pep. Awam )

Ahli Jawatankuasa

:

Cik Mahalechumy a/p Thanimalai

( Pep.Dalaman )

:

Pn.Miskena Bte Osman

( Pep. Awam )

JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 / KIA 2M

Ketua

:

Pn Noraini Bt Ahmad

Ahli Jawatankuasa

:

Guru Mata Pelajaran Tahun 1

Pn.Fairos Binti Ariffin ( Guru KIA 2M )

JAWATANKUASA SISTEM BIMBINGAN TAULAN

Ketua

:

En.Vijayakumar Narayasamy ( Ketua Panitia BI )

Ahli Jawatankuasa

:

Semua Guru Bahasa Inggeris

JAWATANKUASA PPSMI

Ketua

:

Pn.Nor Emizarith Fizura Bt Othman

Ahli Jawatankuasa

:

Semua Guru MT,SN & BI

JAWATANKUASA INVENTORI

Ketua

:

En.Kamaruzaman Bin Othman

Ahli Jawatankuasa

:

Pn. Norazuin Bte Mohd Sahar

:

En.Alias Bin Abed

En. Ismail Bin Omar

JAWATANKUASA JADUAL WAKTU SEKOLAH

Ketua

:

Cik Nurul Aizah Abd.Aziz

Ahli Jawatankuasa

:

Cik Mahalechumy a/p Thanimalai

Pn. Tan Yee Yik

En. Khairul Lail B Abd Malik

:

JAWATANKUASA MAKLUMAT / ICT SEKOLAH

Ketua

:

En.Zamri Bin Hashim

Ahli Jawatankuasa

:

Pn.Miskena Bte Osman

:

En. Jamboree B Mikat

Jawatankuasa Pengaduan Ibubapa Murid

Penasihat

:

En. Koh Lian Swee

Pengerusi

:

Tn. Hj Mohd Zin Bin Othman

Naib Pengerusi

:

En. Salleh Bin Ali

Pn. Salehah Bte Hassan

Setiausaha

:

En. N. Vivekanandan

Ahli Jawatankuasa

:

En.Ee Gim Siong

En.Peiarelal A/L Sunkardhan

Pn.Naquiah Bte Nahar

Jawatankuasa Verifikasi Stok

Pengerusi

:

En. Koh Lian Swee

Naib Pengerusi

:

Tn. Hj Mohd Zin Bin Othman

Setiausaha

:

En..Alias Bin Abed

Ahli Jawatankuasa

:

Semua Ketua Panitia