Wednesday, March 10, 2010

Pada 8 Mac 2010, pengawas SKSF telah ditauliahkan dengan rasminya. Seramai 43 orang pengawas telah dilantik setelah
menjalankan tugas sementara selama 3 bulan. Ketua pengawas bagi sessi 2010 ialah Eric Lim . Guru pengawas yang bertanggunjawab adalah terdiri daripada En. Ee Gim Siong, Pn. Miskena Osman, En. Khairul Lail, En. Vivekanandan dan En. Vijayakumar. Penyerahan tag nama telah disempurnakan oleh Tn. Guru Besar SKSF En. Koh Lian Swee. Tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi!

Tuesday, March 9, 2010

Add Image Pada 31 Disember 2009, SK. St. Francis telah mengadakan Hari Orientasi bagi pelajar-pelajar Tahun Satu Sessi 2010.Selamat datang kepada pelajar Tahun Satu 2010. Mereka telah di bawa ke kelas masing-masing oleh guru-guru kelas yang terdiri daripada Pn. Khairullaila Hj, Mukhtar ( 1M -mengambil alih sementara kerana Pn. Noraini Ahmad cuti bersalin), Pn. Ruhaidah (1 N) dan Pn. Fairos Ariffin ( 1U). Mereka telah diberi sedikit penerangan dan dibawa melawat kawasan sekolah secara menyeluruh. Para ibubapa juga telah diberi sedikit taklimat oleh Guru Besar SK. St. Francis, En. Koh Lian Swee. Selamat belajar anak-anak!