Friday, August 21, 2009

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK. St. Francis, Melaka Komited untuk memberikan layanan terbaik kepada pelangan kami seperti berikut:-
Murid
1. Memastikan setiap murid boleh mendapat tempat belajar yang sesuai sebaik sahaja mendaftar.
2. Memberi layanan saksama dan mesra semasa berada di sekolah ini.
3. Memastikan setiap murid akan menguasai kemahiran 3M sebaik sahaja tamat Pendidikan Tahap 1.
4. Memastikan semua murid Tahap Dua mendapat peluang menyertai kegiatan kokurikulum.
5. Sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan murid-murid.
6. Membentuk dan mengukuhkan sahsiah murid-murid.
Staff
1. Setiap kakitangan baru akan dipastikan mendapat gaji tiga bulan selepas mendaftar.
2. Segala keperluan dan kemudahan kakitangan akan dibekalkan dari masa ke semasa.
3. Kebajikan kakitangan akan sentiasa diambil berat.
4. Setiap pekeliling berkaitan dengan staff akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Ibubapa / Penjaga
1 . Urusan pendaftaran dan pertukaran murid dipastikan selesai pada hari yang sama .
2. Segala masalah disiplin akan diselesaikan bersama ibubapa dalam masa tiga hari.
3. Segala bantuan kerajaan akan diagihkan dengan adilnya berdasarkan sosio-ekonomi keluarga.
Stake Holder
1. Memastikan setiap arahan dan permohonan dari PPD / JPM mendapat tindakan dalam tempoh 3 hari.
2. Setiap urusan akan dirujuk kepada mandat berkaitan.